EMF Worldwide | Spiral Sweep - Malay
The Balancing Work logo - click for Home Page

EMF Balancing Technique, LatticeLogic, The Symbol, UCL Tai Ji, Yoga for The Lattice, Reflections, The Waves


Permbersihan Berpusat (Spiral Sweep)

Amalan Pembersihan Berpusar adalah kecil tetapi merupakan bahagian penting maklumat yang terkandung di dalam sistem EMF Balancing Technique yang sempurna. Menggunakan bantuan amalan untuk menyediakan tenaga badan bagi pengecasan yang hebat yang sekarang ini membolehkan kita mengendalikan dan menggunakannya di dalam kehidupan kita sehari-harian. Sebagaimana ramai di antara kita yang menyedari, acara suci yang kita cari selama ini ada di hadapan kita, iaitu kehidupan kita sendiri. Amalan ini boleh diamalkan perlahan-lahan sekiranya itu yang dipilih tetapi apabila anda telah membiasakan diri dengannya, anda boleh pergi sepantas mana yang anda suka. Dengan mudah anda boleh menggambarkan putaran tenaga ketika membaca nombor-nombor 1 hingga 12.

1 - Tulang Rangka Keemasan

Rasai, nikmati, bayangkan atau fikirkan tentang tenaga keemasan yang berputaran mengikut gerakan putaran jam di sekeliling kaki anda. Biarkan tenaga ini menembusi ketapak kaki anda. Komposisi mineral yang terdapat pada tulang anda akan menjadikan tulang rangka sebagai konduktor yang bagus bagi tenaga halus ini.

Sekarang, tulang beriring tulang, arahkan tenaga keemasan ini ke seluruh sistem rangka anda. Arahkan tenaga melalui tulang-tulang di dalam kesemua jari kaki anda, semua tulang-tulang di dalam kaki anda, buku lali anda terus ke lutut, tempurung lutut anda melalui tulang peha. Arahkan tenaga ini melalui tulang pinggul anda, jauh ke bawah ke tulang tongkeng anda atau tailbone, ke atas sacrum dan sekarang ke atas melalui tulang belakang anda. Alirkan setiap vertebra dengan tenaga keemasan ini. Arahkan tenaga untuk mengalir melalui tulang-tulang di dalam bahu anda dan tulang belikat, bawah tulang dada dan di sekeliling rusuk anda. Arahkan tenaga keemasan ke bawah melalui tulang-tulang di dalam lengan ke pergelangan tangan dan ke semua tulang-tulang kecil di dalam tangan dan jari. Sekarang arahkan perhatian dan tenaga anda ke atas tulang-tulang di dalam leher, di sekeliling rahang anda, melalui gigi anda dan keseluruh tengkorak anda.

Anda baru sahaja mengalirkan keseluruh sistem rangka anda dengan tenaga keemasan. Benarkan rasai perasaan ini, sensasi atau pancaran imej keemasan yang menyinar melalui tulang-tulang di dalam badan anda.

Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang.

2 - Otak Keemasan

Tumpukan perhatian anda di dalam lingkungan otak suci anda dan berikan tujuan kepada otak anda untuk menyerap tenaga ini. Dimulakan dengan lapisan luar otak, bahagian kelabu yang melindungi atas otak anda. Di bawah bahagian kelabu adalah bahagian putih iaitu bahagian terbesar otak. Benarkan bahagian putih otak anda untuk menyerap tenaga keemasan ini seperti span. Kesedaran anda akan mengimbangkan "rasa" tenaga keemasan ini melalui kedua-dua bahagian otak anda. Salah satu fungsi bahagian putih ialah untuk membantu dengan kesemua pengertian luar indera.

Tumpukan perhatian anda di antara kedua-dua kening anda, tinggi sedikit, dalam anggaran seinci ke dalam otak anda. Di sini anda akan mencari pituitari, kelenjar kecil berbentuk pear. Arahkan tenaga keemasan ke sekeliling kelenjar kecil ini, dan kemudian berikan tujuan untuk tenaga ini diserap dengan sempurnanya. Semasa anda menyalurkan tenaga melalui kelenjar ini, berikan tujuan untuk mengaktifkan pertukaran hormon di dalam badan anda sebagaimana yang lebih sesuai untuk anda mengambil langkah evolusi yang seterusnya. Pituitari adalah titik pertama yang menghubungkan dengan penuh bertenaga ke kelenjar pineal.

Sekarang, tumpukan perhatian anda ke dalam bahagian tengah otak.Bahagian ini kadangkala dirujuk sebagai ruang suci. Di sini anda akan menjumpai kelenjar pineal. Ianya adalah kecil, kelenjar yang berbentuk buah pinggang. Arahkan tenaga keseluruh kelenjar pineal anda, dan kemudian berikan tujuan kepada kelanjar ini untuk menyerap semua tenaga keemasan setakat yang boleh.

Di bahagian ini juga anda akan menjumpai hypothalamus dan thalamus. Thalamus anda adalah organ berbentuk kipas yang mengubah bahagian kelabu yang bercampur dengan bahagian putih. Dua seksyen thalamus terletak di dalam dua hemisfera otak anda.

Thalamus bertanggungjawab untuk kuasa khayalan yang anda gunakan sekarang ini. Khayalkan atau bayangkan rama-rama keemasan seperti thalamus anda menyinari cahaya bahang keemasan! Berikan tujuan untuk menyatakan dengan penuh tekun luahan suci semulajadi anda.

Bawakan semula perhatian anda kembali ke kepala anda. Tetapkan tumpuan anda di dalam lingkungan dasar otak anda. Di sini anda menjumpai organ berbentuk telur yang dipanggil pons. Bayangkan pons anda, organ berbentuk telur ini, disirami keemasan dengan sempurnanya. Akhir sekali, dan dengan tujuan yang kuat, arahkan tenaga keemasan ini ke bawah saraf tunjang anda. Anda baru sahaja memberi tenaga kepada otak anda.

Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang.

3 - Sistem Endokrin

Tumpukan semula perhatian anda dan sekarang anda akan mula mengawal tenaga keemasan anda turun ke bawah, melalui sistem indokrin anda.

Mula-mula sekali, tumpukan tenaga keemasan di dalam lingkungan kelenjar paratiroid dan tiroid dalam bawah tekak anda. Berikan tujuan untuk tenaga keemasan memasukkan dan menyerap dengan sempurnanya ke dalam kelenjar-kelenjar ini.

Di bahagian atas pusat jantung anda, bawah tulang dada, adalah kelenjar thymus. Pusat tenaga yang bekerjasama dengan kelenjar thymus anda dipanggil pusat tinggi hati. Kelenjar ini dan tenaga di bahagian ini adalah tanda asli yang penting untuk menyinari tenaga keemasan di dalam lingkungan fizikal badan anda. Kesungguhan tenaga menyinari daripada pusat tinggi hati adalah satu cara kepada penyataan paling berkuasa elektrikal dalaman semulajadi kita. Sebagaimana kita meningkatkan keupayaan kita untuk menyatakan tenaga elektrikal ini, kita juga seterusnya boleh menambahkan kelajuan proses pemulihan apabila badan kehilangan keseimbangan. Adalah menjadi kepentingan kita untuk menggiatkan bahagian ini. Arahkan tenaga keemasan untuk mengelilingi thymus anda dan pastikan diserapkan sepenuhnya. Tumpukan sepenuh perhatian memandangkan thymus dipenuhi dengan tenaga keemasan. Ia akan mencapai puncak kelengkapan dan menyinarkan tenaga keemasan itu melalui sel-sel di seluruh bahagian hati. Bayangkan seluruh bahagian hati anda disinari kilauan keemasan.

Tumpukan perhatian anda pada otot jantung. Jantung bukanlah sebahagian daripada sistem endokrin. Walaubagaimanapun, perikardium (membran), sak (pundi) yang menyaluti jantung, mungkin dipenuhi dengan beberapa titisan berharga bendalir hormon. Bendalir ini menyumbang kepada kenaikkan kadar tenaga jantung. Berikan tujuan untuk memenuhi jantung dengan tenaga keemasan evolusi dan kasih sayang.

Kepada bahagian kiri pusat ialah pakreas dan memandangkan kita menggiatkan organ ini dengan tenaga keemasan, beri tujuan untuk menguatkan kebolehan anda untuk menyambung mencernakan dan menyerapkan perubahan bertenaga yang mengambil alih sepanjang kehidupan anda.

Sekarang, tumpukan perhatian pada bahagian tengah di belakang kelenjar adrinal. Kedudukan adrinal buah pinggang. Gunakan cahaya keemasan dan beri tujuan untuk menyempurnakan penghasilan semula kelenjar adrinal.

Ke bawah sedikit, bawakan perhatian kepada kelenjar seksual, ovari atau testis dan tahan tenaga keemasan ini di dalam lingkungan bahagian badan anda. Penyedaran adalah untuk seluruh sel di dalam badan anda, termasuk sel-sel yang di bawah pinggang.

Arahkan tenaga ke bawah melalui pinggul, peha, betis dan tapak kaki. Fizikal badan telah diberikan tenaga.

Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang.

4 - Tenaga Di Sekeliling Kaki Anda

Tenaga ini sekarang berputaran di sekeliling kaki dan mencipta kesan hentakan yang kuat. Kuatkan kesan hentakan dengan memahami betapa pentingnya untuk mempunyai hubungan dalaman dengan tenaga bumi. Latihan asas suci ini menyumbang kepada kebolehan kita untuk berpegang kepada tenaga yang tinggi yang telah sedia ada pada kita.

Frekuensi getaran tenaga bertukar dan ia mula naik secara perlahan-lahan melalui lapangan tenaga sebagai pekatan cahaya bayangan keemasan dan tenaga. Kita akan arahkan bayangan keemasan ini melalui setiap gabungan putaran tenaga dengan sistem glandular.

Pertukaran di dalam tenaga kadangkala dikesan sebagai pertukaran di dalam suhu atau sensasi cucukan yang mana anda mula mengarahkan tenaga ke atas gabungan tenaga kaki, melalui tenaga kaki kepada dasar tulang belakang.

5 - Pusat Vital

Tumpukan perhatian pada dasar tulang belakang dan rasai, nikmati, bayangkan atai fikirkan berkenaan keserian sfera merah, tenaga vital. Sebagaimana bayangan keemasan memasuki sfera dengan perlahan-lahan, satu bentuk yang sangat indah seperti pecahan bintang keemasan mula terbentuk dan menyinari ke semua arah. Berikan tujuan untuk melimpahkan, memperkuatkan dan mengimbangkan pusat tenaga pada dasar tulang belakang. Apabila anda melakukan ini, anda telah mencipta satu asas suci dalam lingkungan bahawa anda diperlukan sebagaimana anda menyambung untuk menyatupadukan tenaga semulajadi anda.

Bayangan cahaya keemasan menyinari ke pusat tenaga yang berikutnya, pusat seksual/kreatif.

6 - Pusat Seksual Kreatif

Sebagaimana bayangan tenaga keemasan naik menyinari ke arah pusat seksual/kreatif, tumpukan perhatian pada kreativiti sfera oren anda. Cahaya keemasan menyinari melalui sfera oren ini sekali lagi dalam bentuk pecahan bintang. Berikan tujuan untuk mengambil tahu berat tentang bagaimana anda melahirkan tenaga seksual anda. Tenaga seksual anda adalah sebahagian daripada kuasa vital dan boleh diarahkan untuk memudahkan evolusi anda. Bahagian ini juga adalah bahagian kreativiti anda. Galakkan aliran tenaga dari sini untuk meninggikan daya kreatif anda dalam kehidupan. Berikan tujuan untuk melimpahkan, menguatkan dan mengimbangan pusat ini.

Bernafas.

7 - Pusat Solar Plexus

Sekarang, tenaga bayangan keemasan bergerak ke atas. Arahkan tenaga keemasan untuk memasuki sfera kuning solar plexus. Sebagaimana tenaga keemasan bergema di segenap bahagian ini, anda akan merasa, menikmati, membayangkan atau memikirkan tentang bentuk yang menyerupai bunga matahari.

Ingat bahawa plexus solar adalah juga dikenali sebagai tempat diluar kesedaran mental dan semua sudut imej kilauan bunga matahari adalah kepada semua sudut anda.

Tarik nafas sedalamnya dan berikan keizinan kepada diri anda!

8 - Pusat Jantung Dan Pusat Jantung Tinggi

Sekarang, arahkan perhatian anda dan kilauan keemasan tenaga yang tinggi, ke dalam hijau "emerald" cantik di dalam pusat jantung.

Rasai tenaga yang meledak ke dalam tenaga yang bermirip kaleidoskop yang cantik keemasan dan kehijauan, denyutkan ke dalam bentuk kompleks. Setiap antara kita memegang bentuk asal Pencipta di dalam hati kita, dan bersama kita mencipta yang Satu.

Berikan perhatian anda ke atas jantung di bahagian thymus, bahagian ini kita rujuk sebagai bahagian tinggi jantung. Di sini anda akan dapati tumpuan cahaya keemasan. Berikan tujuan kepada cahaya keemasan ini untuk lebih tekun. Anda akan rasai kehangatan dan kelengkapan jantung anda semasa bentuk-bentuk cahaya yang istimewa daripada tenaga jantung muncul. Sebagaimana anda merasai atau menikmati keseimbangan di dalam lingkungan jantung anda, terlebih dahulu latih diri anda dengan cinta ini dan kemudiannya memancarkan cinta ini keseluruhnya.

9 - Pusat Tekak

Semasa tenaga cinta berterusan memancar keseluruhnya, arahkan kilauan keemasan ini ke atas dan ke dalam pusat tekak biru anda. Bahagian ini adalah pintu keluar khas; ia adalah tempat di mana "sebagaimana di atas begitulah di bawah" bergabung dan diterjemahkan ke dalam kuasa yang boleh digunakan. Ini adalah pusat untuk meluahkan secebis kebenaran anda. Ingat kuasa perkataan yang dituturkan. Berusaha untuk berkata yang benar sahaja, walau dalam perkara yang kecil. Biarkan tenaga ini untuk menggilap bagaimana untuk anda meluahkan diri anda kepada dunia.

Anda boleh memusingkan kepala anda perlahan-lahan daripada sebelah-menyebelah sewaktu anda mengeluarkan tenaga melalui bahagian tekak anda. Anda dalam peringkat untuk mengakhiri amalan ini.

Tarik nafas sedalam-dalamnya dan tumpukan semula perhatian anda.

10 - Mata Ke-3

Sekarang, tumpukan dan arahkan kilauan tenaga keemasan ke atas melalui pusat otak anda. Daripada pineal di dalam lingkungan otak ke pituitari berdekatan pusat dahi adalah bahagian yang kita panggil mata ke-3. Di sini, tenaga adalah berwarna indigo. Semasa kilauan keemasan memancar perlahan-lahan melalui pusat indigo yang agung, bentuk cahaya yang muncul adalah seperti batu permata yang bermuka-muka. Berikan tujuan untuk menyelami sedalam-dalamnya kebebasan dan menaikkan pamahaman anda. Anda mungkin menimbang apa yang dimaksudkan kepada "fikirkan dengan hati dan rasai dengan minda". Bahagian ini juga bergabung dengan telepati, deria ke-6 yang mana sekarang ini sedang dibangunkan dengan kadar yang pantas.

11 - Pusat Tahta

Tumpukan semula dan naikkan tahap perhatian anda sebagaimana anda mengarahkan tenaga keemasan ke atas melalui pusat tahta anda. Sebagaimana tenaga keemasan berputaran secara perlahan-lahan di sekeliling kepala anda, bentuk unik cahaya anda, lingkaran cahaya kesucian, terbentuk. Ini adalah gabungan bentuk tenaga. Tenaga keemasan semulajadi anda bergabung dengan ketulinan keindahan semulajadi.

12 - Tahan Dan Lepaskan

Sekarang, tarik nafas sedalam-dalamnya melalui hidung anda dan tahan nafas untuk seketika, biarkan tenaga terbina. Dengan tujuan yang kuat, lepaskan nafas melalui mulut, di sekeliling, dan melalui keseluruhan badan dan minda. Pergerakan ini menguatkan kekisi anda dan mendalami hubungan anda dengan tenaga bumi. Ambil masa seketika untuk merasai keseronokan. Anda akan merasai seperti kembali ke asal.

Salam kepada rakan-rakan sekalian.

Ini menyempurnakan amalan.